Sekapur Sirih

الحمدلله رب العالمين، والصلاة والسلام على اشرف الاءنبياء والمرسلين وخاتم النبيين
...وامام المتقين وعلى آله وصحبه اجمعين، اما بعد

Assalamualaikum, salam ukhuwwah kepada semua.
selari dengan kemajuan era globalisasi yang pesat, seharusnya kita sebagai seorang muslim tidak ketinggalan dalam mempersiapkan diri dengan segala kemampuan dalam ilmu teknologi secara langsung atau tidak. firman Allah s.w.t,

"واءعدوا لهم مالستطعتم من قواة"
maksudnya: "Persiapkanlah diri kamu dengan segala kekuatan"

Oleh itu, kami Sunway Uni. College (SUCI) Society mengambil satu langkah bagi menyahut seruan untuk membina satu kekuatan padu melalui bahan media cetak dan elektronik. oleh itu, kami telah tampil dengan satu laman khas bagi kami menyuarakan pandangan kami terhadap isu-isu semasa yang berlaku terutamanya di kalangan kami sendiri selain kami dapat berkongsi aktiviti-aktiviti kami yang telah dan akan kami jalankan.

Sehubungan dengan itu juga, kami akan memberi peluang kepada para pembaca untuk menyalurkan sebarang pandangan dan pendapat terhadap segala perkara yang dapat memberi kesan positif buat seluruh muslimin dan muslimat khususnya di SYUC ini.

Kami mengharapkan laman ini dapat memberi manfaat buat kita semua.. insyaAllah. semoga dengan sedikit usaha yang dapat kami jalankan diganjari oleh Allah s.w.t di akhirat kelak. diharapkan kepada semua 'bergembira' dengan laman ini.. syukran. jzkk.

Selamat membaca..

Ammar bin Ahmad Raji
Presiden SUCI Society 09/10

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails