Showing posts with label Sunnah. Show all posts
Showing posts with label Sunnah. Show all posts

Nasyid Kontemporari Dari Perspektif Hukum Serta Hukum-Hukum Berkaitan Alat Muzik



Di bawah ini adalah teks asal jawapan Abu Anas mengenai “Nasyid Kontemporari: Antara Pro dan Kontra. 


1. Manusia memerlukan hiburan dalam kehidupan seharian. Namun dalam memilih hiburan yang ada pada hari ini, manusia kerapkali terjerumus ke dalam perkara-perkara yang haram. Hal ini termasuklah dalam memilih lagu-lagu nasyid. Apakah dalil-dalil yang menyebut tentang hukum mendengar lagu dalam Islam? 

Islam merupakan agama yang sesuai dengan fitrah kejadian manusia. Tidak ada satu pun dalam ajaran Islam yang bertentangan atau tidak sesuai untuk dijadikan amalan dalam kehidupan kita.

Manusia sebagai makhluk yang dianugerahkan Allah s.w.t dengan naluri kejiwaan dan perasaan sememangnya memerlukan kepada sesuatu yang boleh memberi ketenangan, kerehatan minda dan keseronokan. Sehubungan dengan itu, hiburan melalui nyanyian telah menjadi salah satu medan atau platform yang paling popular dalam memenuhi tuntutan tersebut. 

Islam sama sekali tidak mengharamkan hiburan, kerana ia merupakan salah satu keperluan dalam diri manusia. Namun persoalannya apakah bentuk nyanyian atau muzik yang menepati syariat Islam pada masa kini? 

Baca lagi..

Bidaah: Pandangan Menurut Ahli Sunnah


Assalamualaikum Warahmatullah.

PENDAHULUAN
Permasalah bidaah-membidaah dan sesat-menyesatkan di dalam masyarakat Islam kini amatlah parah dan berbahaya sekali. Masalah seperti ini timbul semula dengan membawakan kembali persoalan-persoalan khilafiyah yang telah sekian lama dibahaskan dan diselesaikan oleh para ulama muktabar terdahulu. Golongan yang sewenang-wenangnya membidaah ini cuba menafsirkan nas-nas dari al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. dengan hawa nafsu sendiri sehingga pelbagai tafsiran yang tidak munasabah diperolehi. Maka kucar-kacirlah masyarakat Islam dengan pembawakan golongan ini yang kononnya berjuang untuk membersihkan perkara-perkara bidaah.
Keadaan menjadi semakin parah apabila isu ini dipandang sebagai isu besar yang perlu diperdebatkan sehingga mereka lupa dan alpa akan isu-isu yang lebih besar untuk kemaslahatan umat Islam sejagat. Ini semua berpunca daripada kesalahan mereka dalam memahami maksud bidaah sesat dalam ertikata yang sebenarnya. Oleh itu marilah kita sama-sama melihat bidaah ini dari sudut pandangan ulama-ulama mazhab yang mana keempat-empat ulama ini diiktiraf kepakaran mereka dalam bidang fiqh. Maka kita yang bukan pakar ini sewajarnya merujuk kepada mazhab mereka supaya kita tidak sesat.

Baca lagi..

Doa-doa Kejayaan.





Doa agar dikurniakan kefahaman yang baik dan ingatan yang sempurna sewaktu menelaah matapelajaran:
(DIBACA SEBELUM MENGULANGKAJI PELAJARAN SAMADA DARI BUKU ATAU NOTA)

(Allahummar zuqna, Ya Rabbi fahaman nabiyyiin, wa hifzaal mursaliin,
wa 'ilhaamal malaikatiil muqarrabbin, fii 'aafiyaati, ya Arhamar raahimiin
)
Maksudnya: "Wahai Tuhanku, kurniakanlah kami fahaman nabi-nabi dan hafalan para rasul
serta mendapat ilham dari para malaikat yang hampir denganMu,
juga kurniakanlah kami kesihatan Wahai Tuhan Yang Amat Pengasih"





Doa sebelum masuk kelas/dewan peperiksaan
(Wa hai yi' lanaa min amrinaa rashadaa)
Maksudnya: Ya Allah, persiapkan kami mengenai dengan urusan kami dengan petunjukMu)




Doa sewaktu lupa semasa menjawab soalan
(Subhaa na man laa ya naa mu wa laa yas huu
Allahumma zakkirnii maa nasiit
) 3 kali
Maksudnya: Maha Suci Tuhan yang tidak pernah tidur dan tidak pernah lalai,
Wahai Tuhanku, ingatkanlah aku apa-apa yang aku lupa)






Doa memohon kejayaan cemerlang -

dibaca sebelum tidur setiap hari sehinggalah keputusan peperiksaan diumumkan.

(Allahumma inni as-alukal fauza 'indal qadha
wa manaazilasy syuhada wa 'ai syas su 'a da'
wan nasra alaal a'daa')

Maksudnya: Ya Allah Kami memohon kejayaan dalam setiap ketentuan, tempat para syuhada'
dan kehidupan orang-orang bahagia serta kemenangan mengatasi musuh



Semoga dengan sedikit ilmu dan amalan doa ini dapat kita sama-sama amalkan bukan sahaja untuk waktu peperiksaan, tetapi juga dalam setiap waktu kerna kehidupan kita di dunia ini adalah peperiksaan dan ujian. SUCI Society mengucapkan semoga dipermudahkan dalam menjawab peperiksaan dan beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.. insyaAllah.


Baca lagi..

Maghfirah Allah

ASSALAMUALAIKUM wbt utk smua readers,,
satu masa dulu yana pernah berchatting dgn sorg hmba ALLAH ni.. n yana trsentuh dgn beberapa ayat yg dia tulis.. RENUNGKAN ok :)

hamba ALLAH : lau kite dpt letkkan sepenuh nye cinte kite pada tuan punye cinte.......... hati kite ni nk menangis je tau.. mengis sbb rindu sgt2 kt Allah.. mengis sbb tkut dosa kite yg brtimbun ni menghlg kite bertemu dgn Allah...
yana : pe mksd awk dosa btimbun mnghlg kter brtmu Allah?
hamba ALLAH : yana nk jumpe ke dgn org yg mengkianati yana? bayangkan, akhirat nnti hanye Allah yg kite hrpkn... tp Allah pun tk nk ckp dgn kite.. betape sedihnye kite masetu..

sesungguhnya ALLAH maha pengampun n maha mengasihani.. semua makhluk yg dicipta x lepas dri mlakukn ksalahan.. so dalam ksempatan masa yg kita ada mohonlah pengampunan dari NYA..

cukuplah ALLAH sbg PEMBANTU kter.. tnpa prtolongan ALLAH kter x kn mampu hidup walaupun sesaat di bumi ini..

.yana :)
Baca lagi..

Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W


Assalamualaikum....

Ana teringin sekali untuk berkongsi mengenai pengajaran yang ana perolehi dari khutbah terakhir nabi terakhir kita, Muhammad saw......
hayatilah dan cuba kita ambil pengajaran daripadanya...


"Wahai manusia dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan ! Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci maka anggaplah jiwa dan harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan membuat perhitungan atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba’, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba’ hendaklah dibatalkan mulai sekarang.


Baca lagi..
Related Posts with Thumbnails