…Seburuk-buruk perkara ialah perkara yang direka-reka (muhdathatuha) dan setiap yang direka itu adalah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat.
(Riwayat Muslim).
Setiap yang direka ialah bidaah dan setiap bidaah adalah sesat dan setiap yang sesat ke dalam neraka.
(Riwayat al-Nasaie).
Setiap yang mengada-adakan sesuatu pada ajaran kami ini sedang ia bukan darinya maka ianya tertolak.
(Riwayat Bukhari dan Muslim).
(Riwayat Bukhari).
Imam Shafie berkata lagi bahawa perkara-perkara baru (al-muhdathat) ada dua jenis:
Pertama: Perkara yang mencanggahi al-Quran atau sunnah atau athar atau ijmak dan ini dikira sebagai bidaah sesat.
Kedua: Perkara baik yang diadakan yang tidak mencanggahi mana-mana daripada keempat-empat sumber (al-Quran, sunnah, athar dan ijmak) adalah perkara baru yang tidak dicela. (Riwayat Abu Nuaim. Kitab: Hilyah al-Auliya).
Bidaah: Pandangan Menurut Ahli Sunnah
Assalamualaikum Warahmatullah.
PENDAHULUAN
Permasalah bidaah-membidaah dan sesat-menyesatkan di dalam masyarakat Islam kini amatlah parah dan berbahaya sekali. Masalah seperti ini timbul semula dengan membawakan kembali persoalan-persoalan khilafiyah yang telah sekian lama dibahaskan dan diselesaikan oleh para ulama muktabar terdahulu. Golongan yang sewenang-wenangnya membidaah ini cuba menafsirkan nas-nas dari al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. dengan hawa nafsu sendiri sehingga pelbagai tafsiran yang tidak munasabah diperolehi. Maka kucar-kacirlah masyarakat Islam dengan pembawakan golongan ini yang kononnya berjuang untuk membersihkan perkara-perkara bidaah.
Keadaan menjadi semakin parah apabila isu ini dipandang sebagai isu besar yang perlu diperdebatkan sehingga mereka lupa dan alpa akan isu-isu yang lebih besar untuk kemaslahatan umat Islam sejagat. Ini semua berpunca daripada kesalahan mereka dalam memahami maksud bidaah sesat dalam ertikata yang sebenarnya. Oleh itu marilah kita sama-sama melihat bidaah ini dari sudut pandangan ulama-ulama mazhab yang mana keempat-empat ulama ini diiktiraf kepakaran mereka dalam bidang fiqh. Maka kita yang bukan pakar ini sewajarnya merujuk kepada mazhab mereka supaya kita tidak sesat.
DALIL YANG DIGUNAKAN
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:
PENERANGAN DAN PEMAHAMAN PARA ULAMA TERHADAP HADIS BIDAAH
Berkata Saidina Umar al-Khattab R.A. bermaksud:…Baik bidaah ini…
Saidina Umar al-Khattab R.A. berkata demikian ketika melihat para jemaah bersolat terawih berimamkan seorang imam sahaja .
Berkata Imam Abu Umar Yusuf al-Andalusi: Adapun kenyataan Saidina Umar R.A. ‘baik bidaah ini’ maksudnya bidaah mengikut orang Arab ialah mencipta sesuatu yang belum pernah ada dan tidak pernah bermula. Ia tidaklah mempunyai apa-apa percanggahan dengan sunnah (dari segi agama) seperti yang diamalkan selama ini. (Kitab: Al-Istizkar Syarah al-Muwatta).
Berkata Syeikh al-Islam Ibnu Taimiyyah: Kata-kata Saidina Umar R.A. ‘baik bidaah ini’ adalah: Penyandaran baik kepada bidaah ialah kerana kebaikkannya dan penamaannya dari segi bahasa bukan syarak. Bidaah dari segi bahasa menyentuh setiap perbuatan yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Adapun bidaah menurut syarak ialah perbuatan yang tidak berasaskan dalil syarie.
Amalan yang mempunyai sandaran kepada al-Quran dan al-Sunnah bukanlah bidaah dari segi syarak meskipun ianya bidaah dari segi bahasa. Perkataan bidaah lebih umum dalam bahasa daripada bidaah dalam syarak. (Kitab: Itidak Siratul Mustaqim).
Berkata Imam al-Ghazali: Bukanlah semua perkara bidaah adalah dilarang tetapi perkara yang dilarang ialah bidaah yang bercanggah dengan sunnah yang tetap dan sabit dan membuang segala arahan syarak. (Kitab: Ihya Umul al-Din).
Berkata Imam Ibnu Hajar al-Asqalani: Bidaah asalnya ialah sesuatu yang baru diada-adakan iaitu sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini. Ia di dalam syarak ialah lawan kepada sunnah dan dicela. Sebenarnya sesuatu yang baru diadakan itu sekiranya tidak bercanggah dengan syarak adalah baik dan sebaliknya jika buruk mengikut syarak maka ianya buruk kecuali termasuk bab harus. Bidaah adalah terbahagi kepada lima hukum. (Kitab: Fathul Bari).
Berkata Imam Abu Sulaiman al-Khitabi: Adapun sesuatu yang baru itu jika bersandarkan kepada kaedah Usul dan dirujuk kepadanya maka itu bukanlah bidaah dan bukanlah menyesatkan. (Kitab: Maalim al-Sunnah Syarah Sunnan Abi Daud).
Berkata Syeikh Bakhit Muthi: Bidaah syarie ialah yang sesat dan yang tercela. Adapun bidaah yang dibahagikan oleh ulama kepada bidaah wajib, haram dan sebagainya adalah bidaah dari sudut bahasa dan ia lebih umum pengertiannya daripada bidaah syarie kerana bidaah syarie adalah satu bahagian daripada bidaah dari sudut bahasa. (Kitab: Ahsanulkalam Fi Mayataallaqu Bil Sunnah Wal Bidaah Minal Ahkam).
Dari Imam Baihaqi maka berkata Imam Shafie: Bidaah ada dua: Bidaah terpuji (mahmudah) dan bidaah yang dicela (mazmumah). Maka apa yang sesuai dengan sunnah tetap dipuji dan yang mencanggahinya tetap dicela.
PENUTUP
Setelah meneliti segala hujah di dalam perbincangan ini maka bolehlah kita katakan bahawa janganlah terlalu mudah untuk membidaahkan amalan orang lain sebelum meneliti dahulu kata-kata para ulama. Adapun amalan-amalan yang biasa dilakukan oleh masyarakat Islam di Malaysia seperti kenduri tahlil, berzikir ramai secara nyaring dan pelbagai lagi amalan bukanlah tergolong di dalam maksud bidaah yang dimaksudkan oleh al-Hadis. Dinasihatkan agar golongan yang begitu mudah membidaah dan mensyirikkan amalan-amalan orang lain ini (walaupun sekadar amalan-amalan seperti kenduri tahlil dll) supaya kembali ke pangkal jalan dengan mendalami ilmu agama secara ikhlas. Semoga kita semua berada di bawah lindungan Allah Taala setiap masa dalam menghadapi situasi ini.
‘Memberi dan Berbakti’
Wallahualam.
untuk lebih kefahaman,
blog comments powered by Disqus