Klik Connect untuk cinta


Kita sering mendengar 'love chemistry'... mengapa 'love chemistry'?
bukan 'love Biology' ataupun 'love physics'? Perkara utama yang hendak dibicarakan di sini ialah Cinta agung kita, iaitu kepada Allah swt.
Cintakan bunga, bunga akan layu, cintakan manusia, manusia akan mati, cintakan Allah, cinta itu kekal abadi..

Allah terlalu layak untuk di cintai kerana tiadalah kita tanpanya. Dia mengizinkan kewujudan kita dan mengurniakan banyak nikmat kepada kita.. " Fabiyialaa Irabbikumatukazziban"... nikmat tuhan manakah yang kamu dustakan? Wahai ikhwah dan akhwat sekalian.. Renungilah diri ini, muhasabahlah sebentar.. Berapa banyakkah nikmat Allah yang telah kita khianati? kemanakah tangan kita di manfaatkan? ke manakah arah kaki kita melangkah? Apakah nikmat mata yang telah kita manfaatkan dengan sebaik-baiknya?

Berbalik semula kepada persoalan Cinta Agung itu: Cinta Kepada Allah.. Cinta seorang hamba kepada khaliknya..
Cinta kepada Allah juga bole diperoleh dengan mencintai seseorang itu kerana Allah swt. Maka cintailah ibu kita, ayah kita, sahabat-sahabat kita, rakan-rakan kita kerana Allah..
"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah kerana Allah"
Rasulullah bersabda. "Siapa yang ingin mendapatkan halawatul (kelazatan) iman, hendaklah dia mencintai individu itu kerana Allah"

Tidak salah untuk mencintai manusia lain tetapi mesti diletakkan dalam batasan keimanan. Cinta dan iman tidak boleh dipisahkan. Ibarat yahoo messenger dan Facebook, ibarat irama dan lagu, ibarat isi dan kuku.

Hayatilah sebuah hadith yang diriwayatkan oleh ibnu daud..

" sesungguhnya dalam kalangan hamba Allah ada manusia yang bukan nabi dan bukan pula syuhada, tetapi para nabi dan syuhada amat cemburu kepada mereka pada hari kiamat, kerana kedudukanya di sisi Allah.

Para sahabat bertanya, "ya Rasulullah, beritahu kepada kami siapa mereka itu?" Baginda menjawab. "mereka adalah kumpulan manusia yang saling berkasih-sayang kerana Allah bukan kerana hubungan keluarga dan bukan pula kerana harta yang saling mereka berikan. Demi Allah, sesungguhnya muka mereka bercahaya dan mereka berada di atas cahaya. Mereka tidak takut apabila manusia berasa takut, tidak berdukacita apabila manusia lain berdukacita.
Kemudian baginda membaca ayat. "ketahuilah! sesungguhnya wali-wali Allah, tidak ada kebimbangan (dari sesuatu yang tidak baik) terhadap mereka, dan mereka pula tidak akan berdukacita' (Yunus:62)"

~ seseorang manusia tidak boleh mencintai orang lain sebelum mencintai dirinya sendiri, dan dia tidak boleh mencintai dirinya sendiri sebelum mencintai Allah swt dan Rasulnya~
(as-syabab)

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails