Saya ada cerita nak kongsi..
Sabtu lepas, lebih kurang 3 Oktober, saya keluar berjalan-jalan dengan rakan2 lama. Kami dalam kelompok kecil saja. Bukan reunion besar-besaran. Tapi, ini bukan topik utamanya saya melakar tulisan ini.
Seorang rakan saya, yang baru menjejak ke Kolej baru mengajak saya ke MPH bookstrore Midvalley (kebetulan kami dalam midvalley). Dia nk membeli buku2 rujukan untuk kegunaan nya. Selepas puas dia membelek buku, terlintas pulak untuk dia membeli beberapa kad2 ucapan untuk diberi kepada bekas lecturernya di tmpat lama. Kami pun bergerak ke bahagian kad2 ucapan.
Di situ diletakkan selonggok 1 macam diari dan monthly planner untuk 2011(Memandangkan tahun baru bakal menjelma, berebut2 la syarikat menjual barang2 mcm ni ya tak?). Saya yang kurang organise ni ada jugak membelek2 satu monthly planner yg sgt menarik dari segi rekaannya, warna yang ceria, saiz yang bukan standard A5, tetapi lebih kurang separuh A5, dan sebagainya. Mudah kat, Nampak tertarik dan menarik. Agak ramai manusia yg turut sama melihat-lihat planner tu. saya tidak berminat untuk membeli kerana saya fikir saya tidak tentu akan menggunakannya. Tetapi rakan saya ada mengambilnya. Sementara memilih planner yg sesuai, dia telah secara tidak sengaja membaca nukilan tulisan sebagai hiasan palnner berkenaan. Saya pada mulanya kurang sedar akan hal ini, tetap bila rakan saya menunjukkan planner kepada saya, dia menyoal,
“ni, ayat depan ni, ayat bible kan??”
Masya-Allah.. saya langsung tidak sedar akan hal ini. Mujur rakan saya telah meneliti dahulu. Pada mulanya, saya fikir tulisan di hadapan itu sekadar suatu hiasan dengan kata2 berunsurkan persahabatan dll. Tetapi rupa-rupanya semuanya cukup lengkap. Sekali dengan quotation pun ada. Masya-Allah.. Saya tak lepas2 dari istighfar. Cukup rapi persediaan golongan kafir ini dala dakyah mereka. Mujur saya mahupun rakan-rakan saya belum sempat membeli. Segalanya cukup untuk menarik perhatian orang lain untuk sekurang-kurangnya melihat2 planner berkenaan. Rekaan yg cantik dan segala-galanya cukup. Bagi saya, seperti tidak ada alasan lain untuk tidak membeli planner berkenaan kecuali golongan seperti saya yang ‘kurang’ organise ini. Apa yang saya lalui, mungkin sudah ada antara rakan kita ini lalui. Nasihat saya, teliti dahulu apa-apa ayat yang ada di mana2 buku nota atau planner yang kita ingin beli. Golongan kafir ini semakin agresif dalam membudayakan “perang senyap” ini. Berhati-hatilah sebelum membeli apa-apa material yang tidak dikeluarkan dari pengguna muslim kepada pengguna muslim. Mungkin ada muslihat mereka dalam usaha dakyah mereka, dan dalam pergerakan mereka mengahpuskan ISLAM yg kita sayangi ini.
JAZAKALLAH..