Public Phone! Public Phone!

Public phone! Public phone! Public Phone!

Kenapa ana sibuk dan menyibuk pasal public phone? Sebenarnya ada banyak kisah di sebalik dan yang terselindung di sebalik public phone. Ada banyak tidak banyaklah, cuma...(malas kira sebenarnya). Setiap peristiwa pasti ada hikmahnya. Antum tahu dan selalu sahaja menyebut ungkapan itu. Tetapi tidak pula kita mengambil pengajaran daripada setiap peristiwa itu. Pagi tadi ana ada terbaca dalam buku IS(Islamic Study) menyatakan kenapa manusia kini tahu hukum-hakam tetapi tidak mengamalkannya...mungkin manusia tiada punya kekuatan untuk melaksanakan. Bak kata seorang murabbi,"Pilih sahabat yang betul." Dulu2 zaman ana muda2 di sekolah ada pula naqibati yang menyatakan setelah ana mengajukan soalan,"Kak, macam mana nak cari kawan yang baik?", dia berkata,"Pergilah ke musolla. Orang yang selalu pergi musolla, insALLAH, orang yang baik2. Carilah sahabat di sana. InsALLAH ALLAH pun akan melindungi hamba2Nya yang meminta pertolongan drpdNYA."

KISAH YANG PERTAMA

F mundar mandir ke sana ke sini. Ting!Ting! Terdengar bunyi duit syiling di tangannya. A yang baru kembali dari kelas pun terus bertanya kepada sahabat dia ini.
"Weyh,awat hang dok merayau sana sini. Pening aku."
"Aq dari tadi dok nak masukkan duit syiling nih. X msuk2. Penat aq cari public phone. Sume public phone yang ada kt dunia ni aq da try masukkan duit nih."
"La, bacalah bismillah"
F tersengih dan berkata,"mak aq kata nk dtg kol 2ptg. tapi dah kol 4 nih. aq pon riso le."
selepas habis sahaja ayat dia, tiba2 dia ternampak kereta mak dia lalu menjerit kegirangan ala2 kanak2 ribena.

(Antum rasa apa pengajarannya? Kisah ini kisah benar...BELIEVE IT OR NOT)

KISAH YANG KEDUA

Satu hari di hari yang bahagia,
ketika S and the geng sedang beratur untuk mengambil lunch, mereka berborak2. That's normal thing bila tengah beratur. sampailah barisan mereka dekat dengan public phone.
"weyh, S, ada duit syiling la kt tepon nih. weyh aq nak try masukkan la. Agak2 ko, masuk x?"
"Cuba2 try". Si S ni lagi menggalakkan geng dia ni buat dosa.
Duit syiling itu seolah-olah tidak mahu ditelan oleh public phone tu. Tetapi, baru sahaja abang Telekom datang mengambil duit syiling. Si S n the geng pun berfikir.......

(Antum rasa apa pengajarannya? Kisah ini kisah benar...BELIEVE IT OR NOT)

Kadang2 kita tidak berfikir akan kejadian sekecil ini dan tidaklah sebesar mana pun. Tetapi melalui hal2 sebeginilah ALLAh menguji tahap keimanan hamba2Nya.

~Bersama2 kita melangkah ke arah AL-JANNAH~

blog comments powered by Disqus
Related Posts with Thumbnails