Teman saya ada menukilkan sebuah cerita yang saya kira amat menarik untuk di kongsi bersama rakan-rakan sekalian...
Telah diceritakan pada suatu hari ketika as-Syahid Imam Hassan al-Banna berusrah bersama teman-teman seperjuangannya. Beliau mengungkapkan sebuah cerita mengenai 2 biji buah: sebiji yang manis dan sebiji lagi yang masam, beliau bertanya maka bagaimanakah kamu dapat membezakan yang manis dan yang masam? Jawapannya kita perlulah merasa kedua-dua biji buah tadi untuk membezakan antara yang manis dan yang masam.. Terasa logik juga jawapan itu.
Jelas beliau lagi, untuk membuatkan manusia tahu kemanisan Islam, kita mestilah menjadikan mereka merasa apa yang kita cuba sampaikan itu. Apabila mereka sudah merasa maka mereka tidak akan teragak-agak untuk mendapatkan lebih banyak lagi. Tetapi dalam usaha untuk membolehkan mereka merasa kemanisan Islam itu, terselit satu tanggungjawab kepada kita sebagai umat Islam khususnya mereka yang bergelar pendakwah sama ada sepenuh atau separuh masa yang memerlukan usaha yang sangat gigih yang tidak mengenal penat lelah.
Suatu hakikat yang tidak dapat dinafikan ialah di kalangan muslim sendiri amat memusuhi pendakwah. Mereka gagal untuk memahami konsep dakwah yang sebenar dan memilih untuk menentang dakwah itu secara tidak langsung. Apakah punca utamanya? mungkin media massa sendiri yang menyebarkan tipu daya ini. Pendakwah tidak di benarkan bercakap mengenai perkara-perkara tertentu yang dianggap ekstrem seperti Jihad,Hudud dan juga khilafah. Mereka dikawal oleh pemerintah yang menjadikan keselamatan negara sebagai lesen untuk menutup mulut pendakwah pada masa kini.
Namun Allah swt telah memberikan kekuatan pada golongan pendakwah ini menerusi firmannya dalam surah Ali Imran: 173
mafhumnya: " (iaitu)orang2 (mentaati Allah dan Rasul) yang kepada mereka adaorang-
orang yang mengatakan .. "sesungguhnya manusia telah mengumpulkan pasukan
untuk menyerang kamu,kerana itu takutlah kepada mereka." maka keimanan itu
menambah keimanan mereka dan mereka menjawab: " culuplah Allah menjadi
penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung.
Khatimahnya, teman saya mengatakan bahawa bukankah kemenangan itu adalah hak mutlak Allah? Dialah yang menentukan kemenangan dan kekalahan sesuatu bangsa atau tamadun. Dia berkuasa berbuat apa sahaja yang Dia mahu. Apabila dia perintahkan maka sekelip mata sahaja sesuatu itu boleh terjadi. Janji Allah pasti benar terhadap orang-orang yang beriman. Sambungnya lagi, apa yang kita perlu lakukan hanyalah terus berusaha, berdoa dan bertawakal kerana Allah akan menolong orang yang menolong agamaNya...
~ar-ruhul jadid bi jasadil ummah~
Dakwah: bersediakah kita?
blog comments powered by Disqus